Bahasaku, Bahasamu jua

Ahad, 13 Julai 2008

Batu Seremban..

Ahh.
Akhirnya, saya dapat menggunakan komputer tersayang saya ini. Saya tidak akan membuang masa saya dan bercadang untuk menulis tentang apatah lagi: Bahasa kita, Budaya kita.
Topik saya untuk hari ini ialah BATU SEREMBAN, permainan kegemaran saya semasa saya masih kecil dahulu sebelum teknologi kita mula bermekar hingga menjadi yang moden.
Batu Seremban, saya anggap permainan ini berasal dari Seremban kerana namanya menunjukkan sebuah mukim di Malaysia. Batu Seremban mempunyai banyak nama. Antaranya ialah permainan Selambut atau Serembat. Selalunya, kanak-kanak perempuan yang gemar memainnya. Jarang sungguh untuk kaum Adam untuk bermain batu seremban. Kenapa ya? Mungkin mereka lebih suka kepada permainan-permainan lasak dan yang membuat mereka berpeluh..
Ini semua atas pandangan saya sahaja. Saya tidak tahu sebab sebenarnya.
Biasanya, biji-biji getah, guli kaca dan macam-macam lagi dugunakan sebagai buah untuk permainan ini. Untuk permainan ini, pasti ada langkah pertama untuk menentukan giliran. Kita menentukan giliran dengan menimbang buah. Buah-buah iu diletakkan di atas tapak tangan selepas itu dilambungkan ke udara.Kemudian tangkap sebanyak-banyak buah di tapak tangan.Jumlah buah yang disambut dikira sebagai mata.

Kelima-lima buah itu harus ditaburkan di lantai dalam keadaan berselerak. Buah-buah itu tidak patut bersentuhan antara satu sama lain. Pilih satu buah untuk dijadikan ibu. Lambungkan ibu itu ke udara sambil mengutip sebuah lagi buah di lantai. Ulang langkah ini untuk 6 kali. Sekiranya ibu itu tidak dapat disambut atau tidak dapat awak mengutip satu buah di lantai itu, ianya dikira mati.
Setelah selesai kesemua peringkat , pemain hendaklah menimbang buah. Cara ini sama seperti cara untuk menentukan giliran pada permulaan permainan. Jika buah itu disambut secara mencangkuk, mata yang dikira sekali ganda dari jumlah biji yang disambut pemain.

Wah! Banyak sungguh ya langkah-langkah yan patut diambil demi untuk bermain permainan ini..
Walaupun banyak , pasti cara-cara ini akan berhasil!
SELAMAT BERMAIN!

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama