Bahasaku, Bahasamu jua

Ahad, 27 Julai 2008

Jelon

Ayah saya katakan ada juga permainan yang dipanggil 'Jelon'.
Saya juga tidak tahu tentang sejarahnya..Walaubagaimanapun, saya rasa permainan agak seronok setelah mendengar ayah saya memberitahu saya tentang bagaimana ingin memainnya. Beliau mengatakan bahawa pemain-pemain harus memilih antara mereka seorang penangkap sementara yang lain akan lari-lari berkeliaran. Penangkap akan berlari dengan hanya satu kaki untuk menangkap yang lain. Sesiapa yang ditangkap akan menjadi penangkap seterusnya.
Sebenarnya, pada pendapat saya, munkin konsep permainan 'catching' atau 'polis dan pencuri' diambil daripada konsep permainan ini hanya diubah sedikit..Sayangnya, saya tidak ada gambar untuk permainan ini..hehe

Mungkin, esok, saya akan mengajak kawan-kawan saya untuk bermain Jelon(:


Syazwani

Sabtu, 26 Julai 2008

Tarik upih

(DIambil daripada lelaman www.mzm.sabah.gov.my/.../Gambar/tariku1.jpg)

Tempoh hari, Cikgu memberi saya dan rakan-rakan sebuah CD permainan bahasa. Kami ke topik 'ditelan zaman'. Dalam aktiviti itu , dipamerkan beberapa permainan tradisional.. Saat itulah saya terimbas akan satu cerita lama sewaktu- saya masih kecil lagi..Pernahkah anda menonton cerita Cok Cok Kendung? Itulah cerita yang paling saya gemari pada waktu itu. Malangnya, cerita itu sudah tidak ditunjukkan di televisyen lagi.
Saya teringat akan sebuah episod di mana mereka bermain TARIK UPIH. Gelagat mereka yang kelakar membuat saya ketawa terbahak-bahak.
Saya ingin sangat mencuba permainan itu.. Jarang sungguh untuk melihat warga-warga kita bermain tarik upih di sini ya..Maklumlah, kita tinggal di kawasan rumah-rumah pangsa bukan seperti di Malaysia di mana masih ada kawasan perkampungan. Jikalau saya tinggal di rumah Kampung bukankah bagus?
bolehlah juga menanam sifat bergotong-royong sekaligus...

Tarik upih dimain dengan seorang duduk di daun-daun pokok upih sementara yang seorang lagi menarik seluruh dahannya. Sesiapa yang menarik daun hingga ke garisan penamat dahulu menang!

Andaikah hebatnya jikalau saya dapat memainnya.?


Syazwani

Gasing

(diambil daripada www.ppak.kelantan.edu.my/.../gasing/tanjung.jpg)

Permainan gasing bukan sesuatu yang baru terhadap warga-warga Malaysia dan juga Singapura. Malah ia telah dimainkan sejak dahulu lagi. Pada zaman ini, hanya peminat-peminat seni warisan menggemar permainan ini.
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar, mengimbang pada satu titik dibawahnya. Ada pelbagai jenis gasing antaranya ialah Gasing leper Kelantan, Gasing Melayu dan gasing piring. Dalam permainan ini, pemain harus mempunyai kemahiran dalam memusing,mengangkat, menegak dan membela gasing.
MARI MULA BERMAIN.
Masukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin yang diikat bulat. Juga terdapat pelbagai cara untuk memusing gasing. Antaranya ialah semasa menghayun,
gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah.
Selepas gasing itu dipusingkan, ia perlu diangkat. Pengangkatan gasing ini memerlukan kemahiran dan kecekapan yang tinggi setiap pemain.*(menurut lelaman WIKIPEDIA)

Sebenarnya, pada pendapat saya,langkah-langkah yang diambil agak memusingkan kepala. Saya pernah mencuba bermain gasing tetapi agak susah untuk memainnya. Setelah itu, saya terus putus asa. HEHE(:


Syazwani

Khamis, 24 Julai 2008

(Gambar diambil daripada http://i109.photobucket.com/albums/n69/iyas86/guli.jpg)
Apa agaknya yang patut saya membincangkan pada hari ini ya? Permainan tradisional..hmmm..AHAH! GULI!
Permainan guli ini bukannya semata-mata menolaknya ke sana kemari.
Permainan guli ini ialah pelontaran guli dengan tepat pada sasarannya. Gelanggang untuk permainan ini dibuat dengan melukiskan sebuah bulatan berukuran garispusat 1meter. Ditengah-tengah pula, lekukkan sebuah lubang sebesar 10 sentimeter lebar dan 7 sentimeter dalam. Satu garisan lurus dilukiskan sebagai tanda mula tempat permainan. Untuk mulakan permainan guli ini, setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk.
Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.
Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.
Setiap yang kalah ada dendanya.

Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

Rujukan: http://malaysiana.pnm.my



Syazwani



Selasa, 22 Julai 2008

Teng-teng

diambil daripada lelaman google

Teng-teng juga dikenali sebagai Ketinting. Yang lebih memainnya ialah kanak-kanak perempuan daripada daripada kanak-kanak lelaki ini kerana permainan ini lembut dan sesuai untuk kaum Hawa.


Di kampung-kampung, gelanggang dibuat dengan dengan menuliskan garisan di atas tanah sahaja. Cara alternatif ialah dengan menggunakan kapur tepung atau apa sahaja yang dapat dituliskan di atas jalan bertar. Menurut malaysiana.pnm.my,
Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.
Di kampong-kampong gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.



Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.


Pemain hendaklah melompat kedalam semua petak dengan menggunakan sebelah kaki, kecuali di petak dua dan kesembilan dengan dua belah kaki. Setiap pemain tidak boleh memijak petak yang mempunyai gundu yang telah dicampak.


Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu.



Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.
(DIAMBIL DARIPADA lelaman malaysiana.pnm.my)

Menarik sungguh pemain ini.. Saya telah main permainan ini sejak kecil lagi.!
Tetapi sekarang, saya sudah besar dan tiada masa untuk bermain permainan ini..



Saya rindu sangat akan permainan ini.

Isnin, 21 Julai 2008

wow! WAU!

(Gambar diambil daripada lelaman http://home.nordnet.fr/~amoreaux/cv/image/waubu2.jpg)

Saya teringat akan permainan tradisional ini apabila rakan karib baik saya tiba-tiba memekik WOW di telinga saya. Mesti kamu dapat tangkap apa yang saya maksudkan, ya?
Kalau tidak tahu, sebenarnya, saya akan membincangkan tentang wau yang juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung di Malaysia. Wau mempunyai pelbagai jenis. Antaranya ialah wau burung, wau pari, wau barat dan wau bulan. Menurut www.malaysiana.pnm.my dan dokumentari-dokumentari di TV Malaysia, Kelantan dan Terengganu masih mengekalkan tradisi membuat wau yang cantik dan untuk memainnya.
Biasanya, wau dimain oleh dua orang: satu memegang wau dan yang lagi satu dipanggil juru anjung yang bertugas untuk memegang tali. Apabila angin bertiup, tali akan ditarik melawan arus angin dengan menhulur dan menarik talinya hingga wau tersebut tinggi di udara.
Walaupun wau masih mendapat perhatian daripada kalangan masyarakat Melayu, layang-layang juga apa kurangnya bukan?
Daripada maklumat-maklumat yang telah saya kumpul, saya perhatikan bahawa permainan-permainan tradisional sudah diubah sedikit supaya dapat menyesuaikan tradisi zaman sekarang.Pada pendapat saya, perbuatan ini bagus walaupun manusia-manusia telah mengubahnya, mereka masih menyimpan sedikit daripada asalnya. Ini mungkin kerana mereka mahu memberitahu kita tentang sejarah permainan itu dan di mana mereka berasal.


Syazwani

Ahad, 20 Julai 2008

Hampir hari-hari saya lihat budak lelaki bermain sepak takraw di gelanggang badminton dekat dengan rumah saya. Ceria sungguh mereka bermain dengan membuat bunyi-bunyi sokongon seperti 'wooooa!'. Ini semua menunjukkan mereka sering bekerjasama tidak kira kawan atau lawan. Sikap yang bagus sekali. Tetapi apa bezanya sepak takraw dengan sepak raga ya?
Menurut lelaman malaysiana.pnm.my, sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti sebesar buah kelapa.
Dalam permainan sepak raga ini, pemain-pemain berdiri dalam satu bulatan. Ia dimulakan dengan salah stau pemain yang akan melambung bloa itu kepada rakannya dengan menggunakan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya untuk beberapa kali sebelum menendangnya ke orang lain.
Mereka mesti bergiliran untuk menimang bola itu. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan itu ditamatkan.
Sepak raga memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal seorang pemain. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima bola.


Pada zaman sekarang, sepak raga tidak lagi dimainkan. Namun, ia sudah tukar menjadi sepak takraw. Sepak takraw megadukan dua pasukan yang dipisahkan dengan jaring ditengah-tengah, seperti dalam permainan badminton. Bukan lagi dalam satu bulatan? YA

Selesai pun tentang sepak raga. Saya ingin sangat belajar bermain sepak raga. Tetapi menimang capteh punt tidak boleh, bagaiman hendak menimang bola raga.
hehe(:

Syazwani

Sabtu, 19 Julai 2008

CAPTEH

Hello sekali lagi.
Apa khabar semua? Harap semua baik.
Pernahkah kamu bermain dengan Capteh? Saya teringat akan sebuah peristiwa semasa saya masih darjah 4. Pada waktu latihan jasmani, kami dikehendaki berlawan antara kumpulan dengan bermain beberapa macam permainan. Setiap orang dalam sebuah kumpulan dikehendaki bermain permainan yang berlainan antara satu sama lain. Sewaktu giliran saya, saya terperanjat kerana saya mesti bermain capteh! Saya tidak tahu bagaimana hendak menendang capteh itu ke atas. Kelihatan senang tetapi sukar jikalau bermain dengannya. Pelik(:
Capteh juga dikenali sebagai TITING BULU AYAM. Mungkin kerana ia diperbuat oleh bulu ayam.hehe.
Permainan ini amat digemari oleh lelaki sementara batu seremban digemari oleh perempuan. Dengan nyata, lelaki lebih suka permainan-permainan yang lasak sementara perempuan lebih suka yang lembut.
Pulang kepada capteh. Senang tahu untuk membuat capteh? Yang diperlukan hanya empat hingga lima bulu ayam, getah dan paku. Ikatkan bulu-bulu ayam itu dengan getah, kemudiannya cantumkan dua keping getah berbentuk bulat kepada bulu ayam. Setelah itu, ketukkan satu paku di bawah dan ikatakan bulu ayam ke paku itu.
Tujuan permainan ini ialah untuk menendang captehnya ke udara selama lama yang mungkin kamu dapat. Jikalau pemain gagal untuk menendang capteh itu sebelum ia sentuh tanah dibawahnya, pemain mesti berikan capteh itu kepada pemain seterusnya. Pemain-pemain boleh teruskan seberapa banyak kali. Mungkin dari waktu pagi hingga malam..tiada larangannya. Bermain dengan capteh juga dapat menyihatkan badan tahu!

okaylahh..saya nak cari capteh sayalah..saya tidak tahu di mana saya telah letakkannya.
Sepatutnya, permainan sebegini harus dihargai..Saya silap.hehe(:

Syazwani

Jumaat, 18 Julai 2008

Apakah yang akan terlintas di minda kamu jikalau saya berkata CONGKAK?
Pasti yang difikirkan di minda kamu tentang telemovie CONGKAK yang sudah disiarkan di pawagam di Singapura. Saya ingin sangat menontonnya tetapi saya takut saya tidak boleh tidur pada waktu malam setelah menonton cerita itu.

Cerita ini mengenai pantang-larang bermain congkak. Antaranya ialah kita dilarang bermain congkak pada waktu malam. Apakah sebabnya?Entahlah yer?
Apa itu congkak?
Bagaimana pula cara memainnya?
Menurut lelaman Wikipedia, congkak itu merupakan sebuah permainan tradisional sebagai permainan dalaman atau dalam pertandingan. Ia dipercayai berasal daripada benua Afrika atau Arab.
Dalam permainan ini, terdapat dua sudut di papan itu yang dipanggil 'rumah'. Pemain harus meletakkan seberapa banyak buah di dalam 'rumah' mereka. Sesiapa yang berhenti di lubang yang kosong digelarkan mati sehingga pelawannya mati juga. Setelah itu, baru pemain akan mulakan semulanya .


ini sahaja yang saya tahu dan dapat ceritakan..Bercakap tentang congkak sudah menyeramkan.
Apatah lagi kalau menonton ceritanya.AHH!
syazwani;)

Ahad, 13 Julai 2008

Batu Seremban..

Ahh.
Akhirnya, saya dapat menggunakan komputer tersayang saya ini. Saya tidak akan membuang masa saya dan bercadang untuk menulis tentang apatah lagi: Bahasa kita, Budaya kita.
Topik saya untuk hari ini ialah BATU SEREMBAN, permainan kegemaran saya semasa saya masih kecil dahulu sebelum teknologi kita mula bermekar hingga menjadi yang moden.
Batu Seremban, saya anggap permainan ini berasal dari Seremban kerana namanya menunjukkan sebuah mukim di Malaysia. Batu Seremban mempunyai banyak nama. Antaranya ialah permainan Selambut atau Serembat. Selalunya, kanak-kanak perempuan yang gemar memainnya. Jarang sungguh untuk kaum Adam untuk bermain batu seremban. Kenapa ya? Mungkin mereka lebih suka kepada permainan-permainan lasak dan yang membuat mereka berpeluh..
Ini semua atas pandangan saya sahaja. Saya tidak tahu sebab sebenarnya.
Biasanya, biji-biji getah, guli kaca dan macam-macam lagi dugunakan sebagai buah untuk permainan ini. Untuk permainan ini, pasti ada langkah pertama untuk menentukan giliran. Kita menentukan giliran dengan menimbang buah. Buah-buah iu diletakkan di atas tapak tangan selepas itu dilambungkan ke udara.Kemudian tangkap sebanyak-banyak buah di tapak tangan.Jumlah buah yang disambut dikira sebagai mata.

Kelima-lima buah itu harus ditaburkan di lantai dalam keadaan berselerak. Buah-buah itu tidak patut bersentuhan antara satu sama lain. Pilih satu buah untuk dijadikan ibu. Lambungkan ibu itu ke udara sambil mengutip sebuah lagi buah di lantai. Ulang langkah ini untuk 6 kali. Sekiranya ibu itu tidak dapat disambut atau tidak dapat awak mengutip satu buah di lantai itu, ianya dikira mati.
Setelah selesai kesemua peringkat , pemain hendaklah menimbang buah. Cara ini sama seperti cara untuk menentukan giliran pada permulaan permainan. Jika buah itu disambut secara mencangkuk, mata yang dikira sekali ganda dari jumlah biji yang disambut pemain.

Wah! Banyak sungguh ya langkah-langkah yan patut diambil demi untuk bermain permainan ini..
Walaupun banyak , pasti cara-cara ini akan berhasil!
SELAMAT BERMAIN!